Ultraman X Cool

Jumpa Ultraman X Lagi

Ultraman Pose Untuk Aku.

Yeehaaa dapat jumpa Ultraman X lagi. Kali ketiga kalau tak silap aku jumpa dengan hero baru. Dah tua-tua baru dapat tengok Ultraman live depan mata. Sejak 2014 hari tu start jumpa Ultraman.

Aku bernasib baik sebab anak aku minat Ultraman. Jadi aku pun boleh tumpang sekaki. Anak aku start umur tiga tahun dah start collect Ultraman Figure. Secara tak langsung aku menjadi collector Ultraman.

Dek kerana minat yang mendalam,jadi aku ambil kesempatan pergi ke setiap event yang melibatkan Ultraman. Nasib aku juga baik sebab kerja kat KL dan event semua buat di KL. Hehe.

Start dari 2014 ada roadshow Ultraman Genting 2015. Dari situ la aku tak lepas peluang untuk berjumpa hero kesayangan anak aku.

Pada 18 Mac 2017 baru-baru ni, Ultraman X telah muncul di Toys R Us Midvalley Megamall. Semuanya aku dapat tahu bila Litt Tak update event diorang dalam FB.

Tak ramai orang time ni

Aku ke Midvalley semata-mata nak jumpa Ultraman X je. Anak aku pun penuh semangat la dapat jumpa Ultraman.

Nanti kalau ada even Ultraman aku akan update dalam blog ni. Jumpa lagi.

Ultraman X Cool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge