Parameter Air Shrimp

Parameter Air Setiap Shrimp

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Posting kali ni ringkas je aku buat. Tujuannya untuk rujukan aku sendiri dan juga sebagai rujukan korang yang berminat dalam hobi bela shrimp ni.

Aku sebenarnya bukan expert pun dalam bidang bela shrimp ni. Aku pun masih belajar lagi. Jadi boleh la kita sama-sama belajar dan bertukar-tukar pandangan. Jangan cakap aku ni belagak pandai pulak.

Dalam dunia ni aku tak pasti ada berapa banyak jenis shrimp yang ada. Mungkin berpuluh,beratus atau beribu. Allah sahaja yang tahu. Jadinya bila dah ada bermacam-macam spesis atau jenis shrimp, sudah pasti cara penjagaan dan parameter masing-masing berbeza.

Sebagai contoh yang aku tahu, suhu air juga antara faktor kejayaan membela shrimp ni. Ada yang nak sejuk,ada yang nak sederhana ada yang nak biasa-biasa saja. Secara amnya kita kenalah tahu parameter air setiap shrimp sebelum kita mula beli dan bela. Nanti melayang duit dah beli lepas tu mati.

Parameter Air Mengikut Jenis Shrimp

Sumber dari amp.kaskus.co.id

Korang tengok ganbar kat atas tu. Berbezakan parameter air bagi setiap shrimp. Mana yang dari golongan bangsawan tu suhu air pun nak sejuk-sejuk saja. Yang dari golongan biasa-biasa tu air suhu biasa saja dan tak banyak ragam.

Bagi shrimp yang memerlukan suhu rendah, korang siap sedialah wang ringgit untuk beli chiller. Kalau tanpa khidmat chiller tak mungkin korang boleh mencapai suhu air 21°c. Ibarat korang beli aircond untuk shrimp korang la.

Selain dari suhu apa yang korang boleh nampak, PH,KH,GH dan TDS juga berbeza untuk setiap shrimp . Jadinya korang kena la mahir dan faham kehendak shrimp yang korang nak bela dulu baru boleh mulakan hobi ni.

Bagi aku yang poket tak berapa tebal ni, aku mampu layan Red Cherry Shrimp dan Rili Shrimp saja. Penjagaan mudah dan yang paling penting tak perlu nak beli chiller. So kesimpulannya seluk poket dulu baru pilih shrimp yang nak dibela.

P/s: aku sendiri tidur berpeluh. Mana mungkin bela shrimp 21°C. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge