Masalah Magic Seed

Masalah Magis Seed Aquascape

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni aku nak kongsi masalah magic seed yang sering di hadapi bila mula-mula nak menanam. Apakah masalah tu ye?

Spider Web

Spider web yang warna putih tu

Hah nampak tajuk atas tu? Apa yang selalu terjadi kat aquascaper yang menggunakan magic seed adalah spider web. Bukan semua yang hadapi masalah ni tapi aku kerap dengar la orang tanya pasal masalah magic seed ni. Kalau kena spider web ni peluang nak dapat carpet yang cantik agak tipis.

Punca-Punca Masalah Magic Seed

Sebaik saja aku detect masalah magic seed (spider web) ni,aku terus tanya otai magic seed. Diorang cakap, punca nya adalah dari kelembapan dan kepanasan. Sebenarnya aku kurang spray air pada soil dan menyebabkan soil agak kering dan panas.

Jadi pada korang yang belum mula dan akan mulakan tanam magic seed ni aku nasihatkan korang rajin-rajinkan la tangan korang spray air kat soil tu. Kalau tak korang berputih mata jela tengok spider web tu.

Akibat Dari Spider Web?

Ok apa yang otai bagitahu aku hari tu, kalau dah kena serangan spider web , korang cepat-cepat la buang bahagian yang kena tu. Jangan sampai merebak macam aku kena tu. Nanti yang bahagian yang tak kena tu boleh jadi melting dan korang boleh la buat semula scape.

Korang kena keringkan soil tu betul-betul then baru boleh start tabir magic soil tu. Itu saja setakat ni yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku

P/s: kalau ada masalah lain boleh la kongsi-kongsi ye.

Masalah Magic Seed

One thought on “Masalah Magic Seed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge