Kisah Magic Seed Aquascape

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua kawan-kawan. Post ni aku tulis berpunca dari kebosanan aku duduk office seharian tanpa kerja. Bila bosan dah menghantui diri, tangan pun mula la gatal nak membelek gambar-gambar lama yang ada dalam handphone. Niat asalnya nak delete mana-mana gambar yang tak perlu tapi nampak banyak pulak nak delete so aku cancel kan jela niat aku.

Masa aku tengok-tengok gambar aku terperasan ada gambar aku snap masa aku cuba berjinak-jinak dalam aquascape secara shortcut. Eh ada ke aquascape secara shortcut? Haha. Ye memang ada. Menggunakan magic seed. Daun-daun yang nak dijadikan carpet plant tumbuh penuh seawal tujuh hari.

Aku sebenarnya bermula main aquascape ni sejak tahun 2012 lagi. Masa tu memang kosong takde pengalaman langsung. Aku belajar semua dari blog-blog dan youtube untuk mulakan hobi ni. Dalam aquascape ni satu yang aku belajar adaah kesabaran. Kesabaran menunggu plant-plant yang ditanam memenuhi segenap ruang soil dalam aquarium. So aku ringkaskan kat sini memang aku berjaya bersabar sehingga scape yang aku buat berhasil.

   Dalam bulan October 2016 lebih kurang aku dijodohkan dengan magic seed ni. Aku rasa teruja sebab ada perkataan magic. Aku nak cuba tahap magic yang diperkatakan tu, aku pun beli la satu aquarium bersaiz satu kaki serta bahan-bahan untuk scape menggunakan magic seed ni. Aku mula merenjis magic seed aku ke atas soil dan tunggu hasilnya selama lebih kurang tujuh hari.

  Kat bawah ni aku tunjukkan kat korang progress magic seed yang aku tanam.

Hari pertama tabur magic seed

Yang warna coklat cair tu adalah seed yang aku tabur atas soil yang lembab. Skill nak guna magic seed ni mudah je, lepas tabur seed, kena pastikan soil berkeadaan lembab sepanjang masa selama seminggu. So apa yang perlu dibuat, tutup aquarium menggunakan wraping plastic supaya soil sentiasa lembab. Lampu aku on 6 jam sehari.

Menampakkan pertumbuhan

Gambar atas ni hari ketiga magic seed aku tanam. Korang ada nampakkan warna-warna hijau mula memenuhi. Hah masa ni aku dah dapat rasakan magic seed ni berjaya aku buat. Magicnya semakin mennampakkan hasil.

Memenuhi segenap ruang

Yahoo dah berjaya penuh menghijau dalam aquarium kecik aku ni. Masa ni hari ketujuh dan aku belum masukkan air lagi dalam aquarium. Memang betul-betul magic kan seed ni? Hehe. Keesokkan harinya aku pun masukkan air dan ikan neon tetra bagi melengkapkan misi aku.

Misi complete

Itu lah hasilnya aquascape aku. Korang jangan gelakkan scape ni,sebab aku niat nak mencuba je magic seed ni. Secara keseluruhan aku puas hati dengan tahap magic ni. Daun tumbuh cepat dan subur. Cuma dari kepuasan aku yang pernah cuba plant-plant yang bukan dari magic seed ni memang sangat tak mencabar. Terlampau cepat jadi carpet.

Bagi yang tak mempunyai kesabaran yang tinggi tapi nak try hobi aquascape ni,memang magic seed ni sesuai untuk korang. Tapi kalau korang banyak nak belajar ilmu aquascape,aku sarankan korang buat la secara perlahan-lahan mengikut tradisi aquascape itu sendiri. Kenapa aku cakap macam tu, sebabnya cara tradisi ni korang akan jumpa macam-macam masalah seperti algae,pokok melting,pokok tak subur dan sebagainya. Korang jugak akan belajar setting co2,fert dan lain-lain.

So korang pilihla mana yang korang suka. Nama pun hobi,so tak payah la sampai stress nak menjayakan hobi korang.

Kisah Magic Seed Aquascape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge