Kesilapan Breed Shrimp

Shrimp tengah makan

Kesilapan Sewaktu Breed Shrimp

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Al kisahnya aku mempunyai satu hobi membela shrimp selain aquascape. Masa aku beli shrimp, ada la seekor dua shrimp yang tengah sarat bunting.

Aku bela shrimp-shrimp ni dalam tank aku bersaiz dua kaki. Menurut sifu-sifu dan otai-otai, nak bela shrimp ni biarlah dalam tank yang besar. Bukan sebab tamak nak bela banyak tau.

Kenapa Tank Perlu Besar

Aku mula-mula pun fikir nak setup tank kecik je, tapi bila otai-otai bagi nasihat, aku pun ikut la bela dalam tank yang besar sikit. Aku niat nak save bajet la setup tank kecik. Sebabnya,makin besar,makin tinggi kosnya.

Bila tank besar, filter kena besar,soil kena banyak dan ada lagi la kos-kos yang meningkat berbanding tank kecik ni. Tapi untuk jangka masa panjang, perlukan tank yang besar.

Antara alasan yang diberikan oleh otai-otai adalah, parameter tank yang besar mudah untuk stabil. Ye bila korang dah bela shrimp ni,korang akan tau kemanjaan shrimp ni. Air perlu parameter yang cantik dari segi, amonia dan sebagainya.

Selain itu korang perlu kerap menukar air / water change bila korang guna tank kecik ni. Kalau tank besar kekerapan tu kurang untuk tukar air. Aku jenis yang kurang disiplin sikit bab tukar air ni.

Tank kecik juga perlu kerap buat pemeriksaan kualiti air. Jadi kits yang dibeli tu banyak juga la yang nak diguna. Contohnya test kits untuk ammonia dan PH.

Ibu Mengandung rili shrimp

Kesilapan Menanti Kelahiran

Ini la yang aku nak cerita kat korang. Kesilapan aku ni sikit sangat tapi kesannya, tak berlaku kelahiran zuriat rili shrimp yang aku nantikan.

Aku sebenarnya dah campurkan dalam tank aku dengan ikan neon tetra. Ikan ni dah makan telur-telur shrimp. Maka hilang la semua yang diimpikan.

Ikan tu sebenarnya bukan dalam tank tu, aku letak sementara sebab nak hilangkan jentik-jentik dalam tank aku. Aku letak empat ekor neon tetra dalam tank shrimp aku. Jentik-jentik boleh ada juga dalam keadaan air yang bergerak tau kawan-kawan.

Jadi pesanan aku kalau korang nak breed ikan guppy ke, shrimp ke korang kena pastikan tabk tu bebas dari pemangsa. Kalau tak akibatnya jadi macam aku la. Menanti kelahiran tak kunjung tiba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge