Cara Tukar Ram Laptop

 

Sumber dari Google

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Posting yang lepas aku dah sharekan cara-cara mengenalpasti jenis RAM laptop. Jadi rasanya tak lengkap pula kalau aku tak share dengan korang cara-cara menukar RAM laptop korang ye dak?

Korang mesti dah beli RAM kan? Kalau tak beli lagi takkan la korang bleh sampai ke post ni untuk belajar cara-cara tukar RAM. Aku pun tak berapa larat nak membebel banyak-banyak. Nanti korang jemu pula nak datang ke blog aku yang hina ni lagi.

Peralatan

1) Screw Driver

2) RAM baru

Cara-Cara

1) Buka casing penutup RAM laptop korang yang berada di bahagian bawah laptop korang. Kebiasaannya hanya ada dua skru saja yang mengikat casing tersebut.

Sumber dari Google

2) Dah buka penutup tu nanti korang akan nampak RAM Laptop korang. Sama ada dua keping RAM atau Sekeping sahaja. Bagi laptop slot untuk RAM ada dua manakala Netbook hanya satu slot sahaja. Korang boleh la keluarkan RAM dari laptop dengan menekan lock RAM dibahagian kiri dan kanan RAM.

3) Selepas menekan Lock RAM tersebut, RAM akan terangkat dan korang keluarkan dari slot tersebut.

4) Masukkan RAM yang baru ke dalam slot. Pastikan Notch berada pada tempat yang betul.

5) Pasang semula skru pengikat penutup RAM dan selesai.

P/s: sekiranya korang on laptop tapi screen gelap saja lepas ganti RAM, korang buka semula RAM dan gunakan pemadam pensel dan gosokkan pada pin/kaki secara perlahan. Jangan tekan kuat-kuat. Ini adalah proses nyahelektrostatik. Admin tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakkan.

Cara Tukar Ram Laptop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge