Cara Tukar Keyboard Laptop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ni aku nak kongsikan tutorial cara-cara menukar keyboard laptop. Kita tak dapat lari dari menggunakan laptop untuk kerja-kerja harian kita di pejabat mahupun di rumah. Tambahan pula zaman sekarang ni kebanyakkan urusan dibuat menggunakan sistem dalam talian. Jadi dengan penggunaan yang kerap, keyboard yang merupakan komponen utama laptop pasti akan rosak sekiranya tidak digunakan dengan baik.

Tahukah korang sebenarnya nak tukar keyboard bukan lah satu proses yang sukar. Hanya dengan membuka beberapa biji skru,korang dah boleh tukar keyboard sendiri di rumah.

Punca-Punca Keyboard Rosak

1) Tertumpah air atas keyboard

2) Terlalu kuat tekan keyboard

3) Terkopek button masa nak cuci keyboard

Dan lain-lain lagi yang boleh menyebabkan kerosakkan berlaku. So korang boleh lah ikut step by step apa yangxaku tunjukkan kat post ni.

Langkah-Langkah

1) Buka skru di bahagian bawah laptop. Korang cari lubang skru yang ada gambar keyboard kat tepi. Itu adalah skru yang mengikat keyboard.

Sumber dari Google

2) Dah pastikan semua skru telah dibuka,korang cungkil bahagian atas keyboard dan frame. Keyboard akan tertanggal.

3) Gunakan twizzer untuk menolak lock yang memegang ribbon.

Lock tersebut berwarna coklat kiri dan kanan ribbon

4) Gantikan keyboard yang rosak denfan yang baru. Pastikan ribbon dimasukkan dengan kemas.

5) Uji keyboard yang telah dipasang sama ada berfungsi atau pun tidak. Sekiranya tidak berfungsi, korang kena check ribbon tersebut kedudukannya. Kalau dah pastikan elok, mungkin keyboard baru tersebut rosak.

6) Pasang semula skru-skru yang telah dibuka.

P/s: dalam 10 minit, keyboard boleh digantikan. Sangat mudah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge