Cara Servis Laptop

Cara Servis Laptop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk posting kali ni, aku nak berkongsi dengan korang semua kepentingan servis laptop. Kenapa aku cakap pentingnya servis laptop? Sebabnya dengan servis laptop ni,korang dapat memanjangkan jangka hayat laptop dan menjimatkan duit poket korang.
Apa itu servis laptop?
Servis laptop adalah satu proses dimana sesebuah laptop tersebut akan dibersihkan dari segala kekotoran terutamanya habuk-habuk yang melekat pada sistem pengudaraan laptop. Contohnya habuk pada bilah kipas, heat sink dan penukaran thermal paste / compaund.

Posting kali ni aku nak kongsi cara macam mana nak servis laptop berdasarkan pengalaman aku selama lebih kurang empat tahun dalam bidang baikpulih laptop.

Peralatan yang diperlukan

1) Skru Driver

2) Thermal Paste / Compaund

3) Kad (apa-apa kad yang dah tak pakai. Contoh: kad kredit)

4) Berus

5) Twizzer (untuk memudahkan kerja je. Takde pun takpe)

Langkah-Langkah

1) Buka semua skru yang ada di bahagian belakang laptop menggunakan skru driver.

2) Buka keyboard dengan mencungkil bahagian atas keyboard. Sekiranya ada lock keyboard,korang kena tekan lock untuk buka keyboard tersebut.

Gambar dari Google

3) Cabut ribbon keyboard terlebih dahulu sebelum menanggalkan keseluruhan keyboard.

Gambar dari google

4) Setelah keyboard ditanggalkan, buka semua skru pada casing laptop yang berada di bawah keyboard. Sekiranya tiada boleh terus ke langkah yang ke lima.

5) Tanggalkan kesemua wire connector yang korang nampak sebaik sahaja keyboard ditanggalkan. Ribbon touchpad juga kelihatan di bawah keyboard.

6) Seterusnya, gunakan kad korang untuk memisahkan dua bahagian casing laptop. Caranya cungkil dengan menggunakan kad di sekeliling casing laptop tersebut.

7) Anda akan lihat motherboard selepas casing dibuka. Bagi sesetengah laptop, kipas dan heatsink boleh terus dibuka dengan membuka 4 atau 6 biji skru pada motherboard. Jika laptop anda bukan jenis yang seperti diterangkan, silalah tanggalkan motherboard keluar dan baru boleh buka kipas dan heatsink. Pastikan ke semua wire connector dan ribbon telah dicabut terlebih dahulu.

Gambar dari google

8) Next step, selepas heatsink dibuka, boleh la cuci segala kotoran seperti habuk yang terdapat pada bilah kipas.

9) Cuci sehingga bersih thermal paste yang lama dan digantikan dengan yang baru. Yang warna kelabu dalam gambar tu adalah thermal paste.

Thermal paste lama

10) Letakkan thermal paste yg baru ditempat yg telah dicuci. Jangan terlalu banyak sehingga melimpah.

11) Dah selesai letak thermal paste dan puas hati segalanya dah dibersihkan, maka tamatlah tugasan servis laptop. Kerja yang tak sampai 1 jam, boleh menyelamatkan ratusan wang ringgit korang.

12) pasang semula skru-skru ditempat asal.

Selamat mencuba dan berjaya.

P/s: admin tak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan semasa kerja-kerja servis dijalankan oleh korang. Ini adalah tutorial secara general. Boleh tinggalkan komen sekiranya ada sebarang masalah.

Cara Servis Laptop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge