Cara Remove Virus Shortcut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Korang pernah rasa sakit hati dan panic tak bila pendrive korang cucuk kat laptop atau pc hilang semua file sedangkan storage menunjukkan ada file dalam pendrive tu? Kalau pernah, korang dah singgah kat tempat yang betul untuk membuang virus yang nakal ni. Sebab apa aku panggil nakal? Sebab dia suka main sorok-sorok file.

Aku pernah kena dulu. Masa tu memang aku tak tau kewujudan virus shortcut ni. Apa yang ada dalam kepala aku, pendrive corrupt. So tanpa berlengah lagi aku pun format pendrive tanpa ragu-ragu,dan hasilnya mmg clear la pendrive tu dari sebarang virus. Tapi masih berjangkit dengan pendrive yang lain bila cucuk kat laptop tu.

So dengan posting kali ni harap dapat membantu korang supaya korang tak terkena macam mana aku dah kena sebelum ni. Data dalam pendrive biasanya penting untuk kita. So cubalah sebaik mungkin sebelum langkah format pendrive korang ambil.

Software USBfix

Gambar dari google

1) Korang boleh download software usbfix ni. Just google je.

2) Dah siap download, korang buka software tu dan run.

3) Pastikan korang close all program sebelum masukkan pendrive dan mulakan scan virus.

4) Masukkan pendrive korang dan tekan buttonĀ clean.

5) Tunggu sehingga selesai scan dan pendrive korang dah bebas dari virus nakal tu.

P/s: Sila restart laptop dan rasai perubahannya. Selamat mencuba.

Cara Remove Virus Shortcut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge