Cara Mengenalpasti Jenis Ram Laptop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semakin hari semakin berkembang teknologi di dunia. Tak kira lah handphone,laptop dan lain-lain gajet. Syarikat pengeluar saban hari memikirkan cara untuk meningkatkan kecanggihan produk mereka bagi mengejar kepantasan teknologi semasa.

Bagi pengguna laptop sama ada yang baru atau yang lama, kita juga tidak terlepas dari mengikuti kelajuan teknologi yang semakin meninggalkan kita. Pengguna laptop yang sentiasa upgrade atau menukar laptop mereka setiap kali model baru dikeluarkan mungkin tidak mengalami masalah kelambatan pemprosesan data laptop. Tetapi bagi mereka yang tidak mampu untuk menukar laptop setiap kali aplikasi dinaiktaraf,mungkin mengalami masalah laptop yang tidak dapat memproses dengan cepat.

RAM

RAM atau Random Access Memory seringkali dikatakan oleh peniaga-peniaga bidang komputer kepada pelanggan supaya upgrade untuk memastikan laptop dapat memproses dengan cepat dan pantas.

Memang tidak dinafikan RAM berkait rapat dengan kepantasan sesebuah laptop atau komputer, tetapi perkara-perkara lain juga memainkan peranan dalam memastikan proses running laptop korang menjadi laju. Antaranya Hardisk dan Processor.

So untuk posting kali ni,aku just nak share cara untuk korang kenalpasti jenisĀ RAM laptop korang sebelum korang upgrade. RAM ada tiga jenis iaitu DDR, DDR2 dan DDR3. Macam mana nak kenal ek?

Sumber dari google

Apa yang korang nampak perbezaan dari ketiga-tiga RAM tersebut? Ye kedudukan Notch (lubang pada pin / kaki) setiap Ram tersebut. Setiap jenis RAM mempunyai bilangan Pin atau kaki yang berbeza. So dari situ korang boleh la kenalpasti apakah jenis RAM laptop korang. RAM juga didatangkan dalam pelbagai size memori seperti 512mb(agak ketinggalan),1Gb,2Gb,4Gb dan 8Gb. Pilihan ditangan korang. Selamat mencuba.

P/s: Bagi pengguna windows 7,sila pastikan RAM korang minimum bersaiz 2Gb bagi kelancaran running laptop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge