Cara Ganti Screen Laptop

 

Gambar dari google

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat la hendaknya. Kalau badan sihat tapi laptop tak sihat tak boleh buat kerja jugakan? So sesiapa yang pernah alami masalah screen/lcd/led pecah? Apa yang korang mula-mula fikirkan? Hehe dah tentula duit melayang ye tak.

Hari ni aku nak ajar pula korang camne nak tukar screen/lcd/led laptop korang. Sebelum kita teruakan cara-cara membaiki/menggantikan screen/lcd/led laptop korang,ada baiknya aku terangkan sikit cara mengenalpasti antara led dan lcd.

Kebiasaannya laptop yang lama menggunakan LCD screen sebagai pemancar pada laptop. LCD pula boleh dikenalpasti bila korang dah buka screen laptop. Caranya korang akan nampak satu board dibahagian bawah screen (selepas buka casing screen) yang dipanggil inverter.

Gambar dari google

Manakala LED pula korang takkan nampak ada inverter. So itu la yang korang kena tengok dulu sebelum beli screen baru. Secara amnya LED dan LCD adalah punca cahaya yang digunakan pada screen. Bagi perbezaan harga screen pula, LCD adalah lebih mahal berbanding harga LED. So mana yang laptopnya menggunakan LCD kena berbelanja lebih sedikit lah.

Cara kedua nak tahu laptop pakai screen jenis apa, korang google je model laptop korang. Ni method yang paling cepat dan berkesan. Secara tak langsung korang boleh tahu size screen laptop korang. Ada yang 14″,14.1″,15″,10.1″ dan sebagainya. Pilihan ditangan korang.

Peralatan Yang Diperlukan

1) screw driver

2) Screen bar

3) Twizzer

4) Sebarang jenis kad

Cara-Cara

1) Mula-mula korang perlu membuka casing screen laptop korang dengan membuka skru menggunakan screw driver. Ada model laptop mempunyai penutup skru. Korang kena cungkil penutup skru terlebih dahulu menggunakan tweezer sebelum korang jumpa skru.Bergantung pada model laptop juga,ada yang menggunakan empat skru dan ada yang dua skru sahaja.

Gambar dari google

2) Selepas semua skru dah dibuka, gunakan kad untuk membuka casing. Proses ni perlukan kehalusan pergerakan tangan. Hehe. Jangan kasar-kasar,takut patah lock casing tersebut.

3) Sekarang korang dah nampak screen laptop korang yang dipegang oleh hinge (dua batang besi kiri dan kanan screen). Korang perlu buka skru yang mengikat hinge dengan screen. Kebiasaannya ada empat skru dan enam skru. Bergantung pada model.

Sumber dari Google

4) Langkah seterusnya, korang perlu cabutkan cable/ribbon connector dibelakang screen tersebut.

Sumber dari google

5) Gantikan screen yang rosak tadi dengan screen yang korang beli kemudian sambungkan kembali connector dan pasang semua skru yang telah dibuka.

Pastikan korang handle screen dengan berhati-hati dan berhemah. Screen amat sensitif dan mudah pecah/rosak. Selamat mencuba.

P/s: Harga screen mengikut pasaran semasa. Korang boleh survey-survey kedai yang murah. Aku biasa beli kat Imbi Plaza je.

Selamat mencuba dan berjaya. Aku tak bertanggungjawab sebarang kerosakkan semasa proses penukaran screen. Ini hanyalah tutorial berdasarkan pengalaman aku. Sebarang persoalan korang boleh tinggalkan kat ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge