Apa Ada Sunway Lagoon

Pengalaman Pertama Masuk Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ni cuti sekolah seminggu sempat la bawa anak pergi berjalan. Dulu sebelum dia sekolah, tak pernah pun ambik port pergi berjalan time cuti sekolah. Al maklumla segalanya jadi mahal.

Sekarang ni bila anak dah masuk sekolah, secara automatik kena bawa pergi berjalan-jalan walaupun dekat. Nanti buka sekolah ada la cerita nak bersembang dengan kawan-kawan dia.

Bagi memenuhi program cuti sekolah anak seperti bapa-bapa yang lain, aku buat surprise kat anak aku untuk pergi ke Sunway Lagoon. Aku tak bagi tahu dia nak ke mana sampai la depan Sunway Lagoon baru la dia tahu aktiviti dia hari tu. Seronok bukan main hero dan heroin aku hari tu.

Apa Ada Kat Sunway Lagoon Tu?

Untuk pengetahuan korang aku dah umur 30 tahun lebih baru merasa jejak kaki ke Sunway Lagoon . So pengalaman pertama aku sama dengan pengalaman pertama anak aku. Jadi la janji merasa masuk.

Setelah setel beratur beli tiket aku pun masuk melalui petugas-petugas Sunway Lagoon. Diorang check keseluruhan dalam beg yang aku bawa. Diorang cari makanan yang tersembunyi. Nasob baik aku memang tak bawa makanan hari ti. Kalau tak kena rampas dengan pengawas. Hehe. So kalau korang nak bawa makanan juga, korang pandai-pandai la. Untuk pengetahuan korang juga, makanan dan minuman dalan Sunway Lagoon boleh tahan mahalnya. Sebagai contoh air mineral jenama Dasani rm4.50. So korang boleh bayangkan la air lain dan makanan macama mana dia punya harga.

Ok setel bab spotcheck. Aku meneruskan langkah masuk menuju ke wildlife park. Wildlife Park ni ibarat mini zoo la. Dalam tu ada macam-macam haiwan seperti contoh white tiger, singa,burung-burung,arnab,ikan,ular dan sebagainya. Boleh tahan penat juga jalan dalam wildlife park tu.

Singa lepak tunggu nak makan
Burung berkicauan

Nickelodeon Sunway Lagoon

Lepas penat berjalan dalam wildlife park, aku menuju ke Nickelodeon. Masa tu nak kejar meet & greet Spongebob. On the way ke Nickelodeon tu aku ternampak port tangkap ikan longkang. Haha mengimbau zaman kanak-kanak aku. Bukan la tangkap dalam longkang. Diorang buat kolam macam longkang. Ikannya punya la liar,10 minit aku dengan anak aku tangkap,cuma dapat 2 ekor saja. Stress juga tak dapat tangkap ikan longkang hari tu.

Sebelah tempat tangkap ikan longkang, korang akan jumpa kandang arnab. Kat sana korang boleh bagi arnab makan kangkung. Ada staf-staf Sunway Lagoon standby kangkung untuk korang bagi kat arnab-arnab tu nanti. Budak-budak seronok la bagi makan kat arnab ni.

Ok jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah hari. Meet & Greet Spongebob dah nak mula. So aku ajak anak-anak aku ke Nickelodeon. Ngam-ngam sampai sang spongebob pun muncul untuk bertemu peminat-peminatnya. Aku jadi orang pertama dapat bergambar. Agak ramai jugak yang beratur. Kawasan bergambar adalah di hadapan kedai nickelodeon Sunway Lagoon.

Selesai aku bergambar, aku mencari tempat makan yang tak berapa jauh dari situ. Adalah dalam empat ke lima kedai. Antaranya hotdog 1901. Aku ingat yang tu je sebab itu yang aku makan hari. Harga macam biasa kat luar jugak la. Boleh la buat-buat lapik perut. Selagi tak kena nasik memang perut tak kenyamg la kan.hehe

Ninja Turtle Di Sunway Lagoon

Ninja turtle

Tengah sedap-sedap makan, kereta perisai Ninja turtle muncul melalui depan kedai aku lepak makan. Tengok jam pukul 12.30. Ye memangmasa meet & greet Ninja Turtle dah tiba. Aku tinggalkan wife aku untuk jaga makanan manakala aku bawa dua orang anak aku ke Nickelodeon untuk tengok. Kali ni bukan anak je teruja, dengan aku sekali teruja. Maklumla hero masa kecil dulu. Sekarang baru dapat tengok. Selesai bergambar, aku sambungsemula makan-makan.

Masa Untuk Mandi Di Nickelodeon Sunway Lagoon

Masa yang dinanti-nanti oleh anak-anak dan bapak-bapak sudah tiba. Siap-siap tukar pakaian kat toilet Nickelodeon terus menuju ke atas untuk ke Water Park Nickelodeon . Cantik juga tempat ni. Meriah sangat-sangat dengan playground ada Spongebob. Apa yang best kat sini adalah air yang turun dari cawan besar(aku tak tau namanye). Semua menanti air turun sambil bersorak. Anak aku takut sebab air yg turin tu kuantitinya agak banyak. Anak aku banyak layan slide,water gun dan lain-lain lagi.

Dah puas bergumbira kat water park Nickelodeon, aku dengan family aku bergerak menuju ke tempat mandi yang lain pula. Dengarnya pukul 3 ada ombak besar kat pool yang macam pantai tu. Sambil berjalan kaki ke tempat yang dihajati, nampak la ada orang main go cart. Tak sempat nak main sebab anak masih kecil lagi. Selain itu ada tenpat memanah dan juga flying fox. Kalau pergi dengan kawan-kawan time bujang ni memang semua aku try.

Setibanya aku kat pool yang ada ombak tu,aku dan isteri bergilir-gilir solat zohor. Suraunya tak besar mana tapi ok lah untuk solat. Apa yang mudahnya,korang takpayah nak salin baju mandi korang tu. Bagi kering sikit pastu solat guna apa yang ada je. Sebabnya lifeguard Sunway Lagoon pun buat macam tu. Kain pelikat memang lembab je la masa solat tu.

Ok siren dah berbunyi menandakan masa untuk ombak besar keluar. Aku terus ke kolam utama untuk menikmati ombak yang besar sambil anak-anak main tepi-tepi kolam. Tak sesuai untuk budak main ombak besar tu. Untuk pengetahuan korang, tube(pelampung) adalah dilarang berada di dalam kolam semasa ombak besar berlangsung selama 30 minit.

Habis time ombak besar,aku memulakan tugas seorang bapa menolak tube demi kegembiraan seisi keluarga di dalam kolam utama. Oh ya sewa tube tu rm16 + rm10(deposit). So total rm26 untuk korang enjoy bersama double tube.

Ok dipendekkan cerita,hampir jam 5 petang langit kelihatan gelap. Kitorang satu family siap-siap untuk balik sebab hujan nak turun. On the way ke pintu keluar, kitorang singgah di booth gambar untuk beli gambar yang diorang dah snap sepanjang dalam Sunway Lagoon. Sekeping gambar berharga rm37. Kalau dh dapat gambar tu kira aktiviti seahrian di Sunway Lagoon pun selesai la.

P/s: banyak gambar tak dapat snap sebab terlupa dek kerana teruja. Korang boleh la tengok lawan web sunwaylagoon untuk maklumat lanjut.

Apa Ada Sunway Lagoon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge